Pages

Monday, November 21, 2011

Penunjuk perasaan, polis Mesir bertempur lagi



POLIS antirusuhan Mesir bergelut dengan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Beratus-ratus penunjuk perasaan yang membanjiri Dataran Tahrir di sini semalam bertempur dengan pasukan keselamatan Mesir, sekali gus meneruskan ketegangan pada malam sebelumnya.

Di dalam beberapa buah bilik rawatan yang dibina di dalam masjid berhampiran dataran tersebut, penunjuk perasaan menerima rawatan kerana ditembak dengan gas pemedih mata dan peluru getah.

Tunjuk perasaan itu bertujuan menuntut Majlis Tertinggi Pasukan Bersenjata (SCAF) yang mengambil alih kuasa selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ditumbangkan pada Februari lalu menyerahkan kuasa kepada rakyat.

Mereka juga mahu Hussein Tantawi yang mengetuai junta tentera dan Menteri Pertahanan sewaktu pemerintahan Mubarak meletak jawatan.

"SCAF meneruskan polisi Mubarak, tiada apa yang berubah," kata seorang penunjuk perasaan, Khaled di sebalik laungan "kebebasan! kebebasan!" rakan-rakannya.

"Keganasan hari ini menunjukkan bahawa Mubarak masih berkuasa," kata seorang lagi penunjuk perasaan, Ahmed Hani yang cedera di dahi akibat terkena peluru getah.

Penunjuk perasaan turut menggunakan rangkaian laman sosial untuk mengajak lebih ramai rakyat Mesir menyertai perjuangan mereka. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment