Pages

Wednesday, November 30, 2011

Penunjuk perasaan Iran serang Kedutaan Britain


TEHERAN: Anak muda menyerbu kawasan menempatkan Kedutaan Britain di Teheran, semalam, sebelum menurunkan bendera Union Jack serta mencampakkan pelbagai dokumen dari tingkap dalam insiden mengingatkan orang ramai kepada kemarahan Iran kepada Barat pada 1979.
Penunjuk perasaan melepasi sekatan polis antirusuhan yang berkawal di depan bangunan berkenaan sambil membawa bom petrol serta batu.

Insiden itu berlaku dua hari selepas parlimen menerima rang undang-undang mengusir Duta Britain dari negara itu sebagai bantahan terhadap sekatan dikenakan Barat atas program nuklear Iran.
Kurang dari dua jam kemudian, polis kelihatan berjaya mengawal keadaan di lokasi protes itu.

Bagaimanapun, agensi berita Irna melaporkan, kira-kira 300 penunjuk perasaan memasuki kediaman duta di bahagian lain Teheran serta menggantikan bendera Britain dengan Iran.

Sementara itu, Pejabat Luar Britain mengecam insiden berkenaan dan berkata, Iran “mempunyai tugas jelas” di bawah undang-undang antarabangsa untuk melindungi diplomat serta pegawainya.
Kenyataan itu menyebut, Britain benar-benar berang dengan serangan berkenaan.

“Ia sama sekali tidak boleh diterima dan kami mengutuknya,” katanya. - AP

No comments:

Post a Comment