Pages

Thursday, November 17, 2011

Myanmar pindah tahanan politik

YANGON: Pihak berkuasa mula memindahkan beberapa tahanan politik berprofil tinggi ke tempat lain yang lebih hampir dengan keluarga mereka dalam langkah dilihat sebagai sebahagian daripada perubahan terkini kerajaan Myanmar.

Antara tahanan politik yang terbabit dalam pemindahan itu ialah Min Ko Naing, pemimpin kebangkitan rakyat pada 1988 dan masih berpengaruh hingga kini.


Turut dipindahkan ke pusat tahanan berhampiran keluarnya ialah aktivis hak politik suku Shan, Shin Gambiya dan Khun Tun Oo.

Ditanya sama ada pengampunan akan diberikan kepada tahanan politik di negara itu, pegawai Kementerian Dalam Negara berkata, proses itu masih belum diputuskan.


“Pemindahan ini dibuat untuk tahanan yang tidak akan dibebaskan.



“Kemudian, pembebasan tahanan lain akan dibuat secara berperingkat,” katanya.

Seorang pegawai kanan kementerian itu berkata, kerajaan bersedia membebaskan tahanan politik - kali kedua dalam tempoh kira-kira sebulan.


Katanya, pembebasan itu akan dilakukan “tidak lama lagi.” - Reuters

myMetro | Myanmar pindah tahanan politik:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment