Pages

Sunday, November 13, 2011

Murray tak rasa bersalah

RAJA POP...kematian mengejutkan Michael menggemparkan seluruh dunia.
RAJA POP...kematian mengejutkan Michael menggemparkan seluruh dunia.
MURRAY...beri kenyataan bercanggah.
MURRAY...beri kenyataan bercanggah.

LOS ANGELES: Doktor peribadi Michael Jackson, Conrad Murray, berkata dia tidak menghubungi talian kecemasan 911 menjelang kematian Raja Pop itu kerana dia “ahli kardiologi terlatih.”

Dalam dokumentari berjudul Michael Jackson and the Doctor: A Fatal Friendship itu, Murray berkata, sebagai doktor terlatih, dia juga mampu melakukan apa yang sepatutnya dilakukan paramedik jika dia menghubungi talian 911.


Dokumentari itu disiarkan melalui slot The Today Show di Britain semalam.

Kenyataan itu dirakam sejurus sebelum dia didapati bersalah atas tuduhan membunuh secara tidak sengaja oleh 12 juri di Mahkamah Tinggi Los Angeles awal minggu ini.


Dalam temu bual itu, Murray juga mengejutkan penonton apabila bertegas mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan.


Kenyataan Murray juga sama sekali bercanggah dengan keterangan diberikannya kepada polis yang menyiasat kematian Michael.

Kata Murray, dia menyuntik Michael dengan ubat bius sebelum meninggalkan bilik berkenaan untuk berbual di telefon “bagi mengelakkan penyanyi terbabit terjaga.” Kepada polis, Murray mendakwa dia hanya meninggalkan Michael selama dua minit.


Kegagalan Murray menghubungi paramedik secepat mungkin menjadi topik utama dalam penghujahan perbicaraannya sebelum ini.

Ditanya sama ada dia kesal kerana membiarkan Michael bersendirian dalam bilik berkenaan, Murray menjawab: “Saya kesal kerana Michael meninggal dunia.” Digelar sebagai Raja Pop, Michael, 50, disahkan mati di kediamannya di Los Angeles pada 25 Jun 2009.


Juri yang mendengar perbicaraan terhadap Murray mendapati doktor peribadi Raja Pop itu bersalah dan dia akan mengetahui nasibnya beberapa minggu lagi apabila hakim membuat keputusan.


Sementara menunggu keputusan itu, Murray diletakkan di penjara di bawah pengawasan ketat kerana pihak berkuasa berpendapat, dia terdedah kepada risiko membunuh diri.


Kata Murray, dia pasti berhenti menjadi doktor peribadi Michael jika ditakdirkan penyanyi popular itu masih hidup keesokan harinya.


“Saya percaya apa yang berlaku ke atasnya adalah kerana perbuatan saya,” katanya. - HGmyMetroMurray tak rasa bersalah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment