Pages

Friday, November 11, 2011

Lelaki tuntut tangan dipulang


HU dengan tangan berbalut dirawat di hospital  Taoyuan, Taiwan, semalam.
HU dengan tangan berbalut dirawat di hospital Taoyuan, Taiwan, semalam.
TAOYUAN (Taiwan): Seorang lelaki rakyat Taiwan, semalam menuntut pihak berkuasa China memulangkan tangan kirinya yang dipotong selepas insiden samun dan disimpan polis negara itu sebagai bahan bukti.
Hu Chi-yang, 59, berkata, dia diserang oleh tiga lelaki di tenggara wilayah China di Fujian minggu lalu. Dia berkata, mereka menyamun wang tunai AS$600 (RM1,920) miliknya dan cuba memotong tangan kirinya bagi mendapatkan cincin dan jam Rolex dipakainya.

Hu, ahli perniagaan yang sudah bersara berkata, dia setuju supaya tangannya dipotong selepas doktor memberitahunya ia cedera parah dan tidak dapat diselamatkan. Bagaimanapun, polis tempatan enggan membenarkan dia mengambil semula tangannya untuk dibawa pulang ke Taiwan.
Bercakap kepada media dari katil hospital di Taoyuan, di utara Taiwan dia berkata: “Saya mangsa dalam kes ini tetapi mereka melayan saya bagaikan saya ini perompak. Saya tidak mahu lagi pergi ke China.

Dengan nada suara yang marah sambil menitiskan air mata Hu berkata, polis di Putian bersikap buruk dan menegaskan dia perlu memberi kenyataan penuh sebelum dibenarkan menjalani pembedahan.

“Saya minta mereka memulangkan tangan saya tetapi mereka kata mereka perlu menyimpannya untuk siasatan,” katanya. Kes Hu itu mendapat liputan meluas oleh media Taiwan sejak dia pulang dari Putian Selasa lalu.
Polis di Putian berkata, mereka menghadapi tekanan ekoran kes itu tetapi menafikan tangan Hu sudah dipotong.

“Kes itu tidak terjadi seperti mana dilaporkan media. Namun, kesannya amat besar sekarang, jadi pegawai kanan memberi perhatian penuh terhadap kes itu,” kata pegawai polis di Biro Keselamatan Awam Putian.
“Tangannya masih melekat di tubuhnya. Khabar angin kadangkala memang bodoh,” katanya sambil mengakui Hu mengalami kecederaan. - AFP
myMetro | Lelaki tuntut tangan dipulang:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment