Pages

Thursday, November 17, 2011

Ketua IMF Eropah letak jawatan

Antonio Borges
Antonio Borges
WASHINGTON: Ketua Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) bagi rantau Eropah, Antonio Borges yang bertanggungjawab dalam menangani krisis kewangan di Greece, Portugal dan Ireland, meletakkan jawatan atas sebab peribadi.

Borges, yang mengetuai unit IMF Eropah sejak November 2010, menyerahkan surat peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta, demikian kenyataan yang dikeluarkan IMF hari ini.
Warga British-Iran, Reza Moghadam, yang sudah berkhidmat hampir 20 tahun dengan IMF dalam Jabatan Strategi, Polisi dan Kajian Semua kini mengambil alih tempat Borges berkuatkuasa, hari ini.
“Antonio Borges,63, mengetuai Jabatan IMF Eropah ketika dalam tempoh kritikal yang dialami negara anggota dalam zon Eropah.

"Pengalaman luasnya dalam sektor awam, swasta, akademik dan gabungan keupayaannya menjalin hubungan yang kuat di kalangan negara anggota IMF, membolehkan krisis Eropah ditangani dengan terbaik," kata Pengarah Urusan IMF,
Christine Lagarde dalam kenyataan itu. - AFP
Berita Harian Online | Ketua IMF Eropah letak jawatan:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment