Pages

Monday, November 21, 2011

Kemalangan teruk babitkan 52 kenderaan di Jerman



PANDANGAN udara lokasi kemalangan membabitkan 52 kenderaan dan membunuh tiga orang yang dipercayai akibat kabus tebal di Autobahn A31 dekat Heek di Jerman, kelmarin. - AFP


BERLIN 20 Nov. - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 35 lagi cedera apabila 52 kenderaan terlibat dalam kemalangan besar di sebuah autobahn (lebuh raya) yang diselubungi kabus tebal di barat Jerman, kelmarin.

Kemalangan tersebut berlaku pada malam Jumaat lalu di bandar berdekatan Muenster selepas kabus menyelubungi lebuh raya tersebut.

Seramai 14 orang dibawa ke hospital-hospital berhampiran dan 21 yang lain hanya mengalami kecederaan kecil.

Bagaimanapun, punca sebenar kemalangan tidak diketahui dan pasukan pakar masih menyiasat kejadian tersebut.

Beratus-ratus pekerja bantuan kecemasan dikerah ke lokasi kemalangan dan laluan sepanjang 10 kilometer terpaksa ditutup.

Sementara itu, dalam satu lagi kejadian berasingan, lima orang terbunuh dan dua yang lain cedera parah selepas dua buah kereta bertembung di barat bandar Aachen, semalam.

Polis berkata, kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada pemandu yang memandu laju. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment