Pages

Wednesday, November 9, 2011

Israel silap besar jika serang Iran

MOSCOW: Russia dan Teheran semalam memberi amaran bahawa sebarang serangan Barat ke atas Iran hanya akan mengundang kematian orang awam serta mencetuskan ancaman keselamatan global baru.

Kenyataan berasingan itu dikeluarkan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, serta rakan sejawatannya dari Iran, Ali Akbar Salehi.


Ia dibuat ketika spekulasi meningkat terhadap serangan Israel ke atas tapak kemudahan nuklear Iran menjelang pendedahan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menjalankan kajian di situ.

Menurut Lavrov, jika serangan itu dilancarkan, ia bakal menjadi kesilapan serius dengan kesan yang sukar dijangka.


Ali pula berkata, Iran mengecam sebarang ancaman serangan ketenteraan “ke atas mana-mana negara merdeka.” Laporan penilaian Agensi Tenaga Atom Antarabangsa terhadap kemudahan nuklear Iran dijangka dikeluarkan minggu ini dan didakwa bakal meningkatkan kecurigaan terhadap program berkenaan.


Sementara itu, Kementerian Luar Jerman turut menolak sebarang serangan ketenteraan ke atas Iran, sebaliknya mahu pertikaian diselesaikan secara diplomatik.

Jurucakapnya berkata, langkah diplomatik menjadi asas kepada sebarang penyelesaian bagi setiap ancaman keselamatan serantau atau antarabangsa.


Sebelum ini, sekatan PBB ke atas Iran turut mendapat sokongan Russia dan China, tetapi mereka berpendapat, sebarang sekatan baru akan menimbulkan kesan serius.

Sebaliknya, Moscow menggesa satu demi satu langkah diambil bagi melonggarkan sekatan sebagai balasan Teheran menghilangkan keraguan terhadap program nuklearnya. - Reuters

myMetro | Israel silap besar jika serang Iran:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment