Pages

Saturday, November 12, 2011

Ikhwanul Muslimin sasaran baru penggodam Anonymous

KAHERAH: Kumpulan penggodam Anonymous yang sebelum ini melakukan tindakan terhadap pengedar dadah Mexico dan pasukan keselamatan Israel kini menemui sasaran terbaru, kumpulan Ikhwanul Muslimin Mesir.

“Ikhwanul Muslimim menjadi satu sasaran kepada kebangkitan yang diperjuangkan Mesir. Mereka cuba memusnahkan kedaulatan penduduk Mesir dan juga negara lain termasuk Amerika Syarikat,” kata kumpulan itu dalam satu kiriman ke YouTube
Kumpulan terbabit yang menggelarkan operasi mereka ‘OpBrotherhood’ dan menjanjikan sasaran halaman web utama Ikhwanul Muslimin, Ikhwan Online pada Jumaat 6 petang waktu Greenwich. Halaman terbabit mungkin menjadi sasaran perkhidmatan pengagihan penafian (DDoS) serangan. Serangan terhadap Ikhwanul Muslimin Mesir akan menjadi acara menarik bagi Anonymous. Serangan penggodam itu menunjukkan sokongan terhadap penduduk Palestin dan mungkin menyerang pelayan kerajaan Israel sepanjang hujung minggu. (Israel menafikan pelayan mereka turut diserang).

Seorang ahli Anonymous, “Sabu” turut mempunyai bendera pergerakan Islam Palestin Hamas yang dijadikan ikon Twitter beliau.

Bagaimanapun Anonymous tidak berbelah dalam menyokong kebangkitan di Semenanjung Arab yang menggulingkan pemimpin Tunisia, Mesir dan Libya tahun ini.

Ikhwanul Muslimin, pertubuhan politik Mesir sejak sekian lama pada awalnya melakukan demonstrasi besar-besaran menentang Presiden Hosni Mubarak yang bermula lewat Januari. Sokongannya kemudian menjadi penting kepada kejayaan pergerakan 11 Februari.
“Ikhwan Muslimin bermula sebagai kumpulan kebajikan penduduk dengan niat yang adil dan saksama.

“Namun, beberapa dekad berlalu, rasuah merampas misi baiknya dan berpaling kepada organisasi gilakan kuasa untuk mengambil alih negara berdaulat Arab,” kata video Anonymous. – Agensi
Berita Harian Online | Ikhwanul Muslimin sasaran baru penggodam Anonymous:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment