Pages

Monday, November 21, 2011

Hosni Mubarak kembali ke kandang tertuduh

KAHERAH: Perbicaraan kes pembunuhan dan penyelewangan terhadap bekas diktator Mesir, Hosni Mubarak bersambung hari ini yang disifatkan peguam sebagai proses amat panjang dan tertuduh mungkin berjaya dalam rayuannya.

Mubarak, 83, dituduh terbabit dalam pembunuhan aktivis anti rejim yang memberontak sehingga menamatkan pemerintahan selama lebih tiga dekad.
Beliau turut berdepan tuduhan penyelewengan bersama dua anak lelakinya, Gamal dan Alaa dan berkongsi tuduhan membunuh dengan bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly dan enam bekas komander polis yang dibicarakan secara berasingan di hadapan hakim yang sama. - AFP
Berita Harian Online | Hosni Mubarak kembali ke kandang tertuduh:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment