Pages

Thursday, November 10, 2011

Hilang pada Hari Raya Aidiladha




ABDUL KADIR dan isterinya, Noraini menunjukkan laporan 
polis dan gambar Nursuhada yang hilang sejak Isnin lalu
di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Sebuah keluarga di Kota Jembal di sini bimbang dengan keselamatan seorang anak gadis mereka yang hilang selepas dihantar ke tempat kerja di sebuah pasar raya pada hari raya kedua Aidiladha lalu.
Nursuhada Abdul Kadir, 22, yang dihantar bapanya, Abdul Kadir Chik, 59, ke pasar raya di Berek 12 di sini kira-kira pukul 3 petang telah dimaklumkan oleh rakan sekerja anaknya itu pada pukul 6 petang bahawa dia tidak masuk kerja.
Abdul Kadir ketika ditemui pemberita di Kampung Senang, Kota Jembal memberitahu, sehingga semalam dia dan ahli keluarga yang lain cuba menghubungi telefon bimbit Nursuhada tetapi gagal.
“Semasa menghantar Nursuhada ke tempat kerja Isnin lalu, saya melihat dia masuk ke dalam pasar raya sebelum saya beredar dari situ,” katanya.
Ibu Nursuhada, Noraini Omar, 44, pula berkata, selepas menghubunginya berkali-kali, mereka akhirnya menerima satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) pada pukul 7 malam hari yang sama dari nombor telefon Nursuhada yang mengatakan dia kini berada di Thailand dan sudah bernikah di sana.
Noraini berkata, dia sekeluarga yakin SMS tersebut bukan datang daripada Nursuhada sendiri meskipun menggunakan telefonnya.
Katanya, Nursuhada yang merupakan anak kedua daripada 11 beradik itu pernah memberitahu yang dia ada berkenalan dengan seorang duda anak dua.

No comments:

Post a Comment