Pages

Monday, November 7, 2011

Gempa bumi 5.6 magnitud gegar Oklahoma City

OKLAHOMA CITY: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda tengah bandar Oklahoma, menyebabkan seluruh bangunan di kawasan itu termasuk stadium bola sepak bergegar.

Gempa bumi itu adalah terbaru dalam siri gempa bumi yang melanda wilayah itu dalam masa 24 jam termasuk gempa berukuran 4.7 magnitud awal pagi semalam.
Jurucakap Jabatan Pengurusan Kecemasan Oklahoma, Michelann Ooten, berkata tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan kepada pegawai pengurusan kecemasan.
Pusat Geologikal Amerika Syarikat (USGS) di Colorado menyatakan di laman sesawangnya, gempa bumi itu berlaku pada jam 10.53 malam (waktu tempatan) dan berpusat kira-kira 71 kilometer dari timur laut Oklahoma City. - AP
Berita Harian Online | Gempa bumi 5.6 magnitud gegar Oklahoma City:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment