Pages

Thursday, November 10, 2011

Bunuh wanita selepas rompak




ANGGOTA polis menjalankan siasatan di kedai runcit tempat Ah Key mati ditikam sebanyak tujuh kali di Kampung Parit Melana, Durian Tunggal, Melaka semalam.


ALOR GAJAH – Seorang lelaki dicari polis berikutan tindakannya merompak dua buah kedai dalam tempoh 30 minit hingga menyebabkan salah seorang pemilik premis itu mati selepas ditikam sebanyak tujuh kali di sini semalam.
Kejadian pertama berlaku pukul 1.45 petang hingga mengakibatkan pemilik kedai runcit, Teh Ah Key, 64, di Kampung Parit Melana di sini mati selepas ditikam di rusuk kanan, paha, perut dan dada oleh suspek berusia lingkungan 20-an itu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Sharuddin berkata, sebelum kejadian, suspek datang ke kedai wanita itu dengan menunggang sebuah motosikal.
“Kita percaya berlaku pergelutan di antara suspek dengan mangsa sebaik lelaki itu masuk ke dalam kedai. Ia berikutan suspek cuba merompak wang hasil perniagaan mangsa.
“Suspek kemudian terus melarikan diri bersama wang tersebut dan kejadian itu hanya disedari oleh seorang penduduk yang terkejut melihat mangsa terbaring berlumuran darah ketika dia masuk untuk membeli sesuatu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

No comments:

Post a Comment