Pages

Monday, November 14, 2011

Berlusconi ikrar tak mahu bertanding

BEKAS Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi melambai ketika meninggalkan kediamannya di Rom, hari ini. Beliau secara rasmi meletak jawatan semalam berikutan krisis hutang negara eropah itu dan menamatkan era pemerintahannya hampir dua dekad dalam kancah politik. - Foto REUTERS
Bekas PM Itali bakal berdepan tindakan undang-undang, cabaran kewangan

ROME: Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi bakal berdepan tindakan undang-undang dan cabaran kewangan, manakala prospek kehidupannya mungkin tidak lagi menjadi perhatian antarabangsa selepas meletakkan jawatan.

Beliau berikrar tidak akan bertanding semula, manakala ada pihak menjangka Berlusconi akan meninggalkan terus bidang politik Itali. Berlusconi sendiri berkata bahawa beliau mungkin membantu kempen di sana sini kerana bidang politik memberinya pelbagai kebaikan.
Peletakan jawatan Berlusconi sebagai perdana menteri kelmarin berikutan krisis pasaran selama beberapa bulan, menandakan berakhirnya satu era politik di Itali dan sekali lagi, Berlusconi yang berusia 75 tahun itu akan kembali kepada kehidupannya sebagai seorang jutawan.
“Apa yang kami lihat sekarang bukanlah berakhirnya sebuah kerajaan tetapi kesudahan salah satu sistem daripada satu sistem politik,” kata seorang penganalisis akhbar harian, Corriere Della Sera, Massimo Franco.

Malah, Berlusconi yang menguasai politik Itali sejak 17 tahun lalu adalah seorang tokoh berbeza yang berkhidmat selama tiga penggal sebagai perdana menteri. Beliau berhadapan dengan penentang politik dan majistret yang mendakwanya kerana rasuah serta tuduhan salah laku seks tetapi mengenepikan tekanan pasaran dan antarabangsa.

Tokoh media itu sering kali bertemu dengan kuasa dunia sama ada bercuti dengan pemimpin Russia, Vladimir Putin atau menerima layanan mewah Texas dalam satu mesyuarat sekutu perang Iraq yang dianjurkan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W Bush.

Disebabkan perubahan ekonomi, pengunduran beliau dilihat terlalu cepat ketika Itali dilanda krisis hutang Eropah.
Sama ada beliau kembali semula mengendalikan empayar media miliknya atau berpatah balik selepas mengosongkan jawatan presiden pasukan bola sepak kesayangannya, AC Milan, Berlusconi terus berdepan rasa kurang senang pihak media terhadapnya.

“Hentikan teknokrat Eropah. Kerajaan ini satu rampasan kuasa,” kata satu tajuk berita akhbar keluarga II Giornale yang meramalkan kerajaan baru Itali akan diketuai oleh ahli ekonomi, Mario Monti. – AP Berita Harian Online | Berlusconi ikrar tak mahu bertanding:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment