Pages

Monday, November 7, 2011

Bekas Perdana Menteri Singapura hidap penyakit urat saraf

SINGAPURA: Anak perempuan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Wei Ling, berkata bapanya, Lee Kuan Yew menghidap penyakit saraf yang jarang berlaku menyebabkan bekas pemimpin itu mengalami kesukaran untuk berjalan.

Wei Ling berkata dalam kolum mingguan beliau dalam akhbar The Straits Times bahawa Lee didiagnosis menggunakan sensor neuropati periferal.
Penyakit itu menjejaskan sistem saraf dan menyebabkan kesihatan bapanya terjejas.
Bagaimanapun, otak dan otot Lee berfungsi seperti biasa. - AP
Berita Harian Online | Bekas Perdana Menteri Singapura hidap penyakit urat saraf:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment