Pages

Wednesday, November 9, 2011

Barnes & Noble perkenal Nook Tablet



KETUA Pegawai Eksekutif Barnes & Noble, William Lynch melancarkan Nook Tablet di New York pada Isnin lalu.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Firma jualan buku AS, Barnes & Noble melancarkan komputer tablet pada Isnin lalu sebagai cubaan untuk bersaing dengan produk iPad dan Kindle Fire keluaran Amazon.

Diberi nama Nook Tablet, ia dijual pada harga AS$249 (RM778) seunit, AS$50 (RM156) lebih mahal berbanding Kindle Fire yang mula dijual pada 15 November lalu. Tetapi ia AS$250 (RM782) lebih murah daripada iPad yang paling murah.

Amazon dan Barnes & Noble merupakan antara syarikat terawal yang menjual buku elektronik. Selain berfungsi sebagai pembaca e-book, Nook Tablet membolehkan penggunanya melayari Internet menggunakan sambungan WiFi, menghantar e-mel, menonton program televisyen dan filem, serta mendengar muzik. Kedai buku dalam talian Barnes & Nobel menawarkan lebih 2.5 juta judul buku.

Mempunyai skrin warna selebar 17.8 sentimeter seperti Kindle Fire, Nook Tablet hadir dengan beberapa aplikasi sedia ada termasuklah Netflix, Hulu Plus dan Pandora.

Gajet itu memiliki memori mencecah 16 gigabit. Barnes & Noble mendakwa bateri gajetnya itu mampu bertahan selama 11.5 jam untuk membaca dam sembilan jam jika menonton video.

Nook Tablet akan mula dijual di 700 buah cawangan Barnes & Noble pada 17 November depan. Penganalisis daripada firma Forrester, Sarah Rotman Epps meramalkan Barnes & Noble mampu menjual antara 1.5 hingga dua juta unit gajet tersebut sepanjang musim cuti ini. - AFP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment