Pages

Tuesday, November 29, 2011

Barat reda kemarahan Pakistan


ISLAMABAD 28 Nov. – Negara-negara Barat berusaha mengurangkan kesan buruk daripada serangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke atas tentera Pakistan yang menyaksikan 26 askar negara ini maut.

Bagaimanapun, ketegangan baru pula timbul ekoran laporan akhbar mendakwa serangan NATO itu merupakan tindakan balas daripada serangan Pakistan terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Afghanistan di sempadan negara ini.

AS yang bergantung kepada askar asing termasuk Pakistan untuk membantu mengawal keselamatan di Afghanistan, semalam berusaha memperbaiki hubungan itu dengan menyokong satu siasatan penuh dan mengucapkan takziah.

Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen pula cuba meredakan kemarahan Islamabad, namun tidak pula mengeluarkan permohonan maaf di atas apa yang berlaku.

Sebagai tindak balas kepada serangan itu, Islamabad menghalang konvoi NATO ke Afghanistan, mengarahkan penilaian semula ke atas kerjasama negara ini dengan AS, selain menimbangkan untuk memboikot satu persidangan penting di Kabul pada bulan depan.

Beratus-ratus penduduk Pakistan mengadakan demonstrasi ekoran kejadian itu, semalam dengan membakar patung replika Presiden AS, Barack Obama dan bendera AS.

Pakistan juga menafikan askarnya melancarkan sebarang serangan terlebih dahulu sehingga menyebabkan NATO menyerang balas.

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment