Pages

Thursday, November 17, 2011

Banjir di Thailand berakhir dua minggu lagi


BANGKOK 16 Nov. - Banjir di ibu negara Thailand semakin surut dan dijangka berakhir sepenuhnya dalam dua minggu lagi.

Pengumuman itu membawa berita gembira buat penduduk Thailand yang menyaksikan 564 orang terbunuh akibat bencana alam itu di seluruh negara.

Pihak berkuasa Metropolitan Bangkok dalam laman webnya berkata, banjir pulih dengan cepat terutama di Don Muang dan Lad Phrao.

Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra berkata, paras air turut menurun di terusan Bang Sue yang merupakan benteng banjir terakhir untuk pusat bandar Bangkok.

"Persimpangan Lad Phrao juga dijangka bebas banjir pada hujung minggu ini dan semua jalan raya utama akan kembali normal dalam tempoh dua minggu,'' katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton tiba di negara ini dalam satu lawatan bagi memperkukuh hubungan antara dua negara.

Clinton mengambil keputusan singgah di Thailand dalam perjalanannya ke Bali, Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN.

Beliau dijangka mengumumkan pakej bantuan bagi membantu Thailand menghadapi krisis banjir itu.

Sebelum ini, sebahagian besar Bangkok terutama bahagian utara bandar raya ini ditenggelami air pada paras lutut dan pinggang selama beberapa minggu.

Bagaimanapun, menurut beberapa laporan, usaha kerajaan menyalirkan air dari sungai Chao Phraya dilihat berjaya mengurangkan kesan banjir berkenaan. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment