Pages

Friday, November 18, 2011

AS serah kapal perang kedua kepada Filipina

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


MANILA 17 Nov. - Amerika Syarikat (AS) akan memberikan kapal perang kedua kepada Filipina bagi membantu meningkatkan kelengkapan angkatan tentera negara itu yang usang, ketika China meningkatkan ketegangan pertikaian wilayah di Laut China Selatan.

Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton semalam memberi jaminan kepada Menteri Pertahanan Filipina, Voltaire Gazmin bahawa Washington akan memberikan kapal pengawal pantai yang kedua pada tahun depan secara percuma.

Sebelum ini, kapal perang milik Pengawal Pantai AS diberikan kepada Filipina dan telah belayar ke Manila pada Ogos lalu, sekali gus bakal menjadi kapal paling moden dalam angkatan laut negara ini.

Clinton turut memberi jaminan bantuan untuk angkatan tentera Filipina akan diperhebatkan ketika dua negara sekutu itu meraikan ulang tahun ke-60 Perjanjian Pertahanan Bersama di atas kapal pemusnah tentera laut AS di Manila, semalam.

Menurut Gazmin, beliau dan Setiausaha Luar, Albert del Rosario akan berjumpa Clinton dan Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta di Pentagon pada Januari depan untuk membincangkan bantuan AS, termasuk permintaan Manila untuk kapal pengawal pantai ketiga.

China, Filipina, Malaysia, Taiwan, Vietnam dan Brunei menuntut kepulauan Spratly yang terdiri daripada 190 pulau, terumbu, terumbu karang, beting dan dipercayai kaya dengan minyak dan gas asli. - Agensi


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment