Pages

Thursday, November 17, 2011

Aishwarya, Abhishek dapat anak perempuan

Aishwarya Rai
Aishwarya Rai
MUMBAI: Pasangan pelakon Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dan suaminya, Abhishek menyambut kelahiran bayi perempuan yang juga anak pertama mereka, semalam.

Bekas Ratu Dunia itu, Aishwarya Bachchan, 38, dilaporkan melahirkan bayinya itu di sebuah hospital swasta, Seven Hills di Mumbai, kata kakitangan hospital terbabit.
“Bayi perempuan!” tulis Abhishek, 35, dalam akaun Twitter @juniorbachchan, tanpa mendedahkan butir-butir lanjut.
Bapa Abhishek, yang juga legenda Bollywood, Amitabh Bachchan turut mengirim mesej melalui akaun Twitternya untuk berkongsi kegembiraan kehadiran cucunya.
“Saya jadi datuk...gembira!”, katanya sambil menyifatkan cucunya itu sebagai bayi perempuan comel.

Aishwarya dan suaminya yang disenaraikan sebagai pelakon senarai A di Bollywood bersama Amitabh dan isterinya yang juga aktres, Jaya Bachchan disifatkan sebagai ‘keluarga pertama’ Bollywood.

Amitabh sudah bergelar datuk kerana anak perempuannya, Shweta Nanda turut mempunyai dua orang anak.
Amitabh membincangkan kehidupannya kerana menjadi penulis blog dan Twitter. Beliau sebelum ini mempunyai hubungan dingin dengan media dan sering mengkritik mereka memberikan gambaran salah atau menceroboh keperibadian keluarganya.

Sebelum kelahiran berkenaan, penyiar India bersetuju untuk tidak membuat pengumuman awal mengenainya.

Malah, kenderaan untuk tujuan laporan dari luar studio juga tidak dihantar ke kediaman beliau atau hospital selain tiada ramalan nujum yang biasanya popular di India, disiarkan untuk meramal masa depan.

Malah, berita mengenai perkara itu juga terhad kepada hanya antara satu minit kepada 90 saat.

Kebanyakan rangkaian berita televisyen India semalam dilihat mematuhi perjanjian berkenaan tanpa membuat sebarang liputan.

Aishwarya meraih takhta Ratu Dunia pada 1994 dan mula muncul di Bollywood pada akhir 1990-an. Beliau sejak itu membintangi lebih 40 filem. – AFP
Berita Harian Online | Aishwarya, Abhishek dapat anak perempuan:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment