Pages

Monday, November 21, 2011

52 kereta berlanggar dalam cuaca berkabus



GAMBAR dari udara menunjukkan kemalangan melibatkan 52 buah kenderaan di lebuh raya A31 dekat bandar Gronau, Jerman kelmarin.


BERLIN - Tiga orang maut manakala 35 lagi cedera dalam dalam rempuhan melibatkan 52 buah kenderaan di sebuah lebuh raya di barat Jerman, kata polis kelmarin.

Polis berkata, kemalangan tersebut berlaku dalam cuaca berkabus di sebuah lebuh raya A31 dekat bandar Muenster kelmarin.

Menurut polis, ratusan petugas kecemasan tiba di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap dan membantu mereka yang cedera.

Setakat ini, pakar-pakar masih menyiasat punca nahas jalan raya besar-besaran itu. - Reuters

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment