Pages

Friday, November 4, 2011

4 lelaki lagak ‘polis’ samun pengurus kilang

 KUALA LUMPUR : Seorang pengurus kilang kerugian kira-kira RM35,000 selepas empat lelaki yang menyamar polis dan bersenjatakan parang menyamun kediamannya di Taman Desa, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Leong, 45, baru hendak keluar dari rumah untuk menghantar anaknya ke sekolah.


Katanya, dia menerima kejutan pada pagi itu sebaik membuka pintu rumah apabila empat lelaki bertopeng dan memperkenalkan diri sebagai polis menunggunya di luar jeriji pintu.

“Dengan pantas, seorang daripada mereka membuka pintu jeriji berkenaan dengan pemutar skru sebelum mereka berempat menyerbu masuk ke dalam rumah dengan bersenjatakan empat bilah parang,” katanya.


Menurutnya, dia bersama anaknya dikurung dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah dengan dikawal rapi seorang daripada lelaki terbabit manakala tiga lagi menggeledah rumahnya.

No comments:

Post a Comment