Pages

Monday, October 31, 2011

Salji luar musim turun di AS




BEBERAPA orang berjalan semasa salji turun di New York kelmarin.


NEW YORK - Situasi sejuk beku melanda pantai timur Amerika Syarikat (AS) kelmarin selepas satu ribut salji yang ganjil menyebabkan tiga orang maut.
Ribut itu juga mengakibatkan penerbangan ditangguhkan dan bekalan elektrik terputus.
Musim salji yang berlaku awal dalam sejarah AS itu menyebabkan kekecohan berlaku dalam pengangkutan udara, kereta api dan jalan raya dari Washington sehingga ke Boston.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS memberi amaran bahawa bergerak pada waktu malam mungkin menjadi terlalu bahaya.
Seorang mati di Connecticut dalam nahas jalan raya akibat jalan raya yang berais, menurut laporan media.
Di Massachusetts, satu tiang elektrik tumbang menyebabkan seorang lelaki terkena renjatan elektrik.
Sebatang pokok juga tumbang mengakibatkan seorang individu terbunuh di Pennsylvania.
Seramai dua juta orang tidak mendapat bekalan elektrik dalam zon ribut.
Gabenor New Jersey, Chris Christie mengisytiharkan darurat di negerinya kerana situasi cuaca yang teruk.
Dia membuat kenyataan itu di laman Twitter.
Menurutnya, hampir, 500,000 orang tidak mendapat bekalan elektrik di New Jersey.
Beliau meminta penduduk supaya tinggal dengan selamat dan menjauhi jalan raya.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, para penumpang pesawat terpaksa berdepan dengan penangguhan penerbangan selama enam jam yang berlepas ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Newark.
Masalah yang sama turut berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy di New York.
Sementara itu, di White House, Presiden AS, Barack Obama dan isterinya tidak membiarkan cuaca menjejaskan sambutan Halloween.
Kedua-dua mereka memberikan gula-gula dan makanan kering kepada kanak-kanak yang memakai kot yang basah.
"Marilah memberikan gula-gula. Saya tahu ia sejuk," kata Obama. - AFP
-kosmo

No comments:

Post a Comment