Pages

Saturday, October 22, 2011

Saif al-Islam dipercayai cuba lari ke Niger

LONDON: Anak lelaki Muammar Gaddafi yang berpengaruh, Saif al-Islam, dilaporkan meninggalkan Sirte dari selatan bandar itu menuju sempadan Libya - Niger, kata komander kanan tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), semalam.

Menurut Abdul Majid Mlegta, Saif al-Islam dipercaya melarikan diri bersama konvoi tiga kereta perisai dan mengelak daripada bertembung dengan tentera NTC yang menawan Sirte.


“Kami masih memburunya dan seluruh pejuang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya.

Gaddafi ditangkap hidup-hidup di bandar kelahirannya di Sirte pada Khamis, tetapi mati di tangan pejuang NTC dalam keadaan masih belum jelas.


Saif al-Islam dipercayai meninggalkan Sirte serentak bersama bapanya.


Interpol turut mengeluarkan kenyataan kelmarin, menggesa Saif al-Islam menyerah diri dan mereka menjamin keselamatannya untuk menghadapi perbicaraan atas tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan di The Hague.

Berpuluh-puluh pengikut setia Gaddafi, termasuk anak lelakinya, Saadi, melarikan diri ke Niger pada September dan kini diberi perlindungan di Niamey.


Kerajaan Niger menolak permohonan supaya mereka diserahkan kepada kerajaan baru Libya, sebaliknya meminta NTC menghantar pegawai ke negara itu jika mahu menyoal siasat mereka.

Abdul Majid berkata, beberapa hari lalu, Ketua Keselamatan Gaddafi, Abdullah al-Senussi, yang kini berlindung di Niger dipercayai merancang laluan selamat dari Sirte untuk Gaddafi.


Abdullah kini dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana dipercayai melakukan jenayah ke atas kemanusiaan. Dia dipercayai mengarahkan pembunuhan orang awam yang menentang kerajaan tidak lama sebelum rejim Gaddafi tumbang.


Kelmarin, Menteri Luar Niger, Mohammed Bazoum, berkata dia dimaklumkan bahawa Abdullah menuju utara negara berkenaan. - Reuters

myMetro | Saif al-Islam dipercayai cuba lari ke Niger:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment