Pages

Sunday, October 23, 2011

Presiden Yemen digesa letak jawatan

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "GENEVA 22 Okt. - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam meluluskan satu resolusi menggesa Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh untuk segera menandatangani persetujuan peletakan jawatan.

Resolusi yang disokong sebulat suara oleh 15 negara anggota majlis itu turut mengutuk serangan kerajaan terhadap penunjuk perasaan dan menyokong pelan damai Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menuntut Saleh menamatkan pemerintahan beliau selama 33 tahun.

Sementara itu, pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Tawakkul Karman menggesa tekanan antarabangsa lebih besar dikenakan terhadap Saleh sambil menyifatkan resolusi itu masih belum cukup kuat. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment