Pages

Tuesday, October 25, 2011

Perarakan pengantin di Sao Paulo



SEBAHAGIAN pengantin berarak di sebatang jalan raya di Sao Paulo, Brazil kelmarin.


SAO PAULO, Brazil - Lebih 40 wanita yang pernah dan bakal menjadi pengantin menyertai perarakan perkahwinan pertama yang diadakan di Brazil kelmarin.

"Saya fikir tiada wanita yang tidak suka memakai gaun pengantin," kata Mara Bastos, 36, yang memberitahu dia mahu memperbaharui ikatan perkahwinan bersama suaminya di sebuah gereja di bandar raya Las Vegas, Amerika Syarikat.


Reuters - DUA wanita yang memakai gaun pengantin melompat di Sao Paulo, Brazil kelmarin.


Bastos yang didandan cantik menyertai 39 wanita lain dalam perarakan itu yang turut diadakan di Portugal dan Rusia.

Para peserta diberi dandanan rambut dan mekap percuma dan berpeluang menyertai sesi fotografi percuma di sebuah taman awam terkenal di sini.

Wanita-wanita itu turut melontar kalungan bunga pengantin kepada orang ramai yang hadir untuk menyaksikan acara tersebut. - AFP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment