Pages

Tuesday, October 25, 2011

Pemandu didakwalanggar budak dua tahun



YUE YUE terbaring di sebuah hospital di wilayah Guangzhou pada 16 Oktober lalu selepas dia dilanggar dua buah kenderaandi bandar Foshan, China. - AFP


BEIJING - Polis China telah mengemukakan pendakwaan ke atas seorang lelaki yang disyaki memandu sebuah kenderaan dan melanggar lari seorang budak perempuan berusia dua tahun yang mati akibat kecederaan parah yang dialaminya, lapor media pemerintah semalam.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa menunjukkan sekurang-kurangnya 18 pejalan kaki melintasi budak perempuan tersebut tanpa menghulurkan sebarang bantuan selepas dia dilanggar sekali gus mencetuskan kemarahan orang awam di China.

Sebuah akhbar tempatan, Procuratorial Daily dalam laman webnya melaporkan bahawa suspek, Hu Jun, 24, didakwa kerana menyebabkan kematian budak perempuan yang nama jolokannya, Yue Yue di bandar Foshan, selatan China pada 13 Oktober lalu.

Beberapa laporan sebelum ini menyatakan, terdapat pemandu kedua yang melanggar budak perempuan itu ketika dia terbaring di jalan raya tetapi akhbar berkenaan tidak menyebut mengenai individu terbabit.

Berjuta-juta rakyat China melayari Internet untuk menonton klip video insiden berkenaan yang berlaku di sebatang jalan yang sempit di kawasan pasar Foshan.

Polis Foshan berkata, Jun yang berdepan hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun jika dia didapati bersalah, telah menyerah diri selepas insiden itu berlaku. - AFP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment