Pages

Thursday, October 13, 2011

Pelancong wanita Australia koma lepas minum arak

SYDNEY: Seorang jururawat warga Australia mengalami kerosakan otak dan buah pinggang setelah meminum sejenis minuman keras yang dikenali sebagai ‘jungle juice’, ketika bercuti di Pulau Lombok Indonesia.

Jamie Johnston, 25, yang koma, diterbangkan ke Hospital Royal Darwin dari Bali selepas memesan satu jag arak yang dicampur dengan jus buah-buahan untuk dikongsi bersama ibunya.

Menurut laporan Sydney Morning Herald, arak itu menganndungi metanol, sejenis bahan kimia yang sering digunakan sebagai antibeku atau dicampur dengan cat, yang juga menyebabkan kematian empat pelancong pada 2009, di Bali.

Ibu Johnston, Lyn, memberitahu akhbar itu hasil ujian mendapati anaknya keracunan metanol selepas minum minuman itu pada 20 September di Restoran Happy Cafe.


Dia terus tidak sedarkan diri, tidak boleh bergerak atau bercakap dengan betul selepas mengalami kerosakan otak dan buah pinggang.

“Kami dalam perjalanan pulang apabila dia jatuh pengsan,” kata ibunya.

“Saya masih trauma. Orang ramai perlu diberitahu mengenai perkara ini. Dia boleh mati,” katanya.

myMetro | Pelancong wanita Australia koma lepas minum arak:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment