Pages

Monday, October 31, 2011

Parlimen siasat Ahmadinejad

 Ahmadinejad
Ahmadinejad
Presiden Iran diminta beri keterangan kes menteri ekonomi tipu RM7.8b

TEHRAN: Parlimen Iran akan memanggil Presiden Mahmoud Ahmadinejad untuk disoal siasat berhubung satu skandal ekonomi dan dasar beliau, selepas sekurang-kurangnya 73 anggota menandatangani satu petisyen semalam, sekali gus memberi tamparan hebat kepada kepemimpinan beliau.
Ahmadinejad adalah presiden pertama Iran yang pernah dipanggil memberi keterangan di parlimen dan tindakan itu mendedahkan dengan lebih jelas konflik kuasa antara presiden, ahli parlimen dan kumpulan ulama yang berpengaruh.
Seramai 73 ahli parlimen menandatangani petisyen untuk menyoal siasat Ahmadinejad, lebih satu perempat daripada 290 anggota seperti yang diperlukan perlembagaan untuk memanggil presiden.

Parlimen Iran sebelum itu mendapati menteri ekonomi kabinet Ahmadinejad, Shamsoddin Hosseini, bersalah membabitkan kes penipuan berjumlah AS$2.6 bilion (RM7.8 bilion) jumlah dipercayai terbesar dalam sejarah Iran.

Ahmadinejad terbabit dalam konflik antara anggota parlimen dan kumpulan ulama sejak pilihan raya Mac dan pilihan raya 2012 manakala skandal ini adalah salah satu penyelewengan ekonomi yang menyasarkan pemimpin itu.

Kritikan terhadap Ahmadinejad semakin meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan kebanyakannya adalah daripada kumpulan berpendirian keras yang menyokong dan membolehkan beliau berkuasa sebelum ini.
Berpuluh-puluh penyokong politik Ahmadinejad ditahan atau dipenjarakan oleh kelompok berkenaan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Anak didik dan pembantu kanan beliau, Esfandiar Rahim Mashaei diketepikan daripada senarai calon penggantinya menjelang pilihan raya 2013, selepas beberapa dakwaan menjejaskan reputasinya.

Ia termasuk mengetuai cubaan untuk mencabar sistem pemerintahan sedia ada dan dakwaan terbabit dengan skandal penipuan bank berjumlah AS$2.6 bilion.

Soal siasat itu jika dilaksanakan akan memberi tamparan hebat kepada kekuasaan Ahmadinejad yang dikatakan semakin lemah selepas beliau secara terbuka mencabar pemimpin tertinggi negara itu Ayatollah Ali Khamenei dalam pemilihan menteri perisikan.

Sementara itu, majlis persidangan parlimen mengesahkan sudah menerima dan meluluskan petisyen untuk memanggil Ahmadinejad, manakala Hosseini dijangka berdepan undi tidak percaya Selasa ini. – AP
Berita Harian Online | Parlimen siasat Ahmadinejad:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment