Pages

Wednesday, October 26, 2011

Lima beradik malang dibela


DALI Md. Hussain (kanan) menyampaikan bantuan kepada Zulkifli di Kota Bharu semalam.


KUALA LUMPUR – Sehari selepas pendedahan mengenai nasib malang lima beradik yang terpaksa bergilir-gilir ponteng kerana mahu menjaga bapa mereka, Zulkifli Deraman, 44, yang diserang angin ahmar, mereka terus mendapat perhatian.

Dalam reaksi segera, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam bersetuju menghulurkan bantuan menerusi skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK) sebanyak RM450 sebulan kepada kesemua anak-anak Zulkifli, 44, yang kini mendiami rumah usang di Kampung Tok Ku, Sering, Kota Bharu berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pengarahnya, Hadzir Md. Zain berkata, keluarga malang itu juga mendapat bantuan peribadi daripada Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussain sebanyak RM400.

“JKM akan sama-sama memantau dari masa ke semasa supaya keluarga ini dan anak-anak ini dapat belajar dengan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai nasib malang lima beradik itu yang terpaksa mengorbankan zaman persekolahan mereka dengan bergilir-gilir ponteng sekolah sejak Januari lalu demi menjaga bapa yang sakit serta datuk dan nenek mereka yang uzur.

Anak-anak Zulkifli terpaksa tidak ke sekolah sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu untuk menjaga bapa, datuk dan nenek mereka bagi meringankan beban ibu mereka yang mengambil alih tugas menyara keluarga.

Sementara itu, di Kota Bharu, Dali berkata, siasatan telah dilakukan terhadap keluarga berikutan laporan Kosmo! semalam.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment