Pages

Tuesday, October 18, 2011

Lelaki gergaji tangan sendiri, sorok dalam rumah

PHILADELPHIA: Seorang lelaki menggergaji sendiri tangannya sebelum menyembunyikan organ itu dalam rumahnya, lapor media semalam.

Lelaki berusia 34 tahun itu menggunakan gergaji elektrik bagi memotong tangannya di bahagian siku.


Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit memotong tangannya itu menjadi dua bahagian dan menyimpannya di tempat rahsia.

Dia kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Albert Einstein dan keadaannya tidak diketahui.


Setakat ini polis belum mengetahui mengapa tindakan itu diambil. Sesetengah individu sengaja memotong anggota badan sendiri akibat masalah kekeliruan identiti.


Penderita sindrom itu biasanya ingin membuang anggota badan yang sihat kerana otaknya menganggap organ berkenaan bukan sebahagian daripada tubuh mereka. - DM

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment