Pages

Saturday, October 15, 2011

Kebaikan Seks: Fakta Ilmiah


Oleh: setisab



"AMARAN: Jangan lakukan seks semasa isteri sedang uzur!
PERINGATAN: Janda atau Duda sila cepat kawin agar dapat faedah kesihatan ini.

Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong olehkajian saintifiktermasuklah:

1). Seks mengurangkan tekanan
Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah.

2). Seks meninggikan Immuniti badan
Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain.

3). Seks membakar lemak
Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.

4). Seks menguatkan kesihatan jantung
Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkanserangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.

5). Seks meninggikan Self-Esteem
Seks meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita merasa lebih bangga terhadap diri sendiri.

6). Seks membuatkan kita lebih menyayangi
Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi.

7). Seks mengurangkan sakit
Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.

8). Seks mengurangkan risiko kanser Prostat
Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostatesemasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International.

9). Seks menguatkan otot pelvis
Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.

10). Seks membuat anda tidur lebih lena
Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyakmenurut kajian."

-TKO
Nizar | Coretanku: [ Mesti Baca ] : Kebaikan Seks: Fakta Ilmiah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment