Pages

Thursday, October 27, 2011

Jacko peroleh pendapatan tertinggi selepas meninggal dunia


MICHAEL JACKSON


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Selama dua tahun berturut-turut, Michael Jackson kekal sebagai artis yang telah meninggal dunia tetapi memperoleh pendapatan tertinggi di dunia, menurut senarai majalah Forbes melibatkan barisan selebriti yang terus popular walaupun selepas mereka meninggal dunia.

Menghembuskan nafas terakhir dua tahun lepas ketika berusia 50 tahun, Raja Pop memperoleh pendapatan AS$170 juta (RM531.4 juta) sepanjang 12 bulan lalu sekali gus mengatasi bintang-bintang pop lain sama ada yang masih hidup atau telah mati kecuali kumpulan rock dari Ireland, U2.

Tempat kedua pula menjadi milik penyanyi legenda, Elvis Presley dengan pendapatan AS$55 juta (RM171.9 juta) melalui hasil jualan buku lagunya selain pengunaan lagu-lagunya oleh Cirque de Soleil dalam pementasan di Las Vegas.

Aktres simbol seks Marilyn Monroe meraih pendapatan AS$27 juta (RM84.4 juta) sejak setahun lalu untuk menduduki tempat ketiga senarai berkenaan.

Pencipta kartun Peanuts, Charles Schulz pula berada di tangga keempat manakala legenda kumpulan Beatles, John Lennon terikat dengan aktres Elizabeth Taylor di tempat kelima.

Lennon dan Taylor masing-masing memperoleh pendapatan AS$12 juta (RM37.5 juta) sepanjang tahun lalu.

- AFP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment