Pages

Sunday, October 30, 2011

Bekas Tahanan Berkahwin Selepas Bertunang Selama 17 Tahun

SEMENANJUNG GAZA: Tahanan Palestin, Daher Kabha yang dibebaskan hasil pertukaran tahanan antara Hamas dan Israel baru-baru ini, melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya selepas berada dalam penjara Israel selama 17 tahun.

Dua minggu lepas, Israel bersetuju untuk membebaskan ratusan tahanan Palestin dalam pertukarannya dengan tentera Gilad Shalit yang ditawan militan Palestin pada 2006.

Perjanjian pertukaran antara Hamas dan Israel mencadangkan kira-kira 150 rakyat Palestin dari Tebing Barat akan dibebaskan di Semenanjung Gaza.

Majlis perkahwinan Daher, 44, yang berasal dari Tebing Barat, diadakan di kawasan Semenanjung Gaza yang dikepung di mana dia berada sejak pembebasannya.

Daher dan tunangnya, yang dikenali sebagai Rayeda, 35, bertunang sebelum dia ditahan tentera Israel pada 1994.

Rayeda berasa sungguh gembira untuk memulakan kehidupan baru bersama suaminya, setelah menempuhi kehidupan selama 17 tahun dalam satu perpisahan yang amat memeritkan.

Wanita, yang berasal dari Tebing Barat itu, terpaksa menempuhi satu perjalanan yang panjang menerusi Sempadan Rafah dari Mesir untuk melangsungkan perkahwinannya berikutan pengantin lelaki yang tidak dibenarkan kembali di kampung halamannya di Jenin.

"Bersyukur kepada Allah swt. Mulai saat ini kehidupan saya bermula. Kegembiraan yang saya rasai tidak dapat digambarkan," kata Rayeda kepada Bernama.

Daher ditahan selepas didapati bersalah oleh regim Tel Aviv atas dakwaan melakukan operasi pengeboman di kawasan Israel.

"Saya gembira kerana telah dibebaskan dan dapat berkahwin tetapi pada masa sama saya amat ingin pulang ke kampung halaman bersama isteri saya.

"Amat sukar untuk menunggu saat ini. Kebebasan ini hanya diperoleh menerusi tentangan," katanya.

mStar Online : Bekas Tahanan Berkahwin Selepas Bertunang Selama 17 Tahun:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment