Pages

Tuesday, October 18, 2011

Banduan ‘bercuti’ dalam penjara

myMetro | Banduan ‘bercuti’ dalam penjara:
LONDON: Seorang banduan masih menikmati hidup yang menyeronokkan di dalam penjara apabila boleh melakukan pelbagai aktiviti bagi mengisi masa lapangnya.
Robert Shaw dipenjara dua tahun selepas disabitkan kesalahan memiliki raifal dan beberapa senjata api secara haram di rumahnya.

Semua senjata api itu bernilai hampir RM100,000.

Walaupun berusia 41 tahun, Shaw ditempatkan di Pusat Tahanan Juvana Portland di Dorset.

Dalam surat kepada anak perempuannya yang berusia sembilan tahun, Shaw menceritakan pengalamannya dalam penjara itu sebagai “agak menyeronokkan.” “Di sini ada meja snuker, pingpong, gimnasium, aktiviti memanjat dinding batu, bola sepak dan tenis, selain televisyen.


“Kecuali merindukan keluarga, hidup di sini memang seronok,” katanya.

Bagaimanapun, semalam, bekas isteri Shaw berang apabila mendapat tahu lelaki terbabit tidak mendapat hukuman setimpal dengan kesalahannya.

Kata Sally, 40, dia dibiarkan bersusah-payah mencari rezeki menyara dua anaknya ketika Shaw bersenang-lenang dalam penjara.

“Saya sangka penjara ialah tempat menghukum seseorang, bukan pusat peranginan.

“Dalam keadaan begitu, saya rasa Shaw seperti ketawa melihat kesukaran saya,” katanya.


Ketika Shaw memohon ditempatkan di penjara terbuka, Sally pula terus diabaikan tanpa sebarang bantuan kewangan.


“Dia tak pernah memberi wang untuk anak atau membayar bil bulanan dan kini dia bersenang-lenang dalam penjara,” katanya.


Pasangan itu bercerai tiga tahun lalu selepas Sally bosan apabila Shaw didapati semakin kemaruk kepada senjata api. - TS
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment