Pages

Wednesday, October 26, 2011

Anak berhenti sekolah jika tak bayar yuran



Keratan Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR – Bekas isteri penyanyi Zainal Abidin mendakwa, dia telah menanggung keseluruhan perbelanjaan pendidikan dua anak mereka sejak sekolah rendah pada tahun 2002 sehingga sekarang.

Natasha Gabriel Abdullah, 52, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, sekiranya dia gagal membayar perbelanjaan berkenaan, anak-anaknya bakal diberhentikan sekolah serta tidak dibenarkan mengambil peperiksaan.

Wanita itu selaku plaintif berkata demikian di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain dalam perbicaraan tuntutan hutang nafkah dua orang anak, Timur, 16, dan Mikhail, 18, dari tahun 2002 berjumlah RM167,102.04 terhadap Zainal Abidin.

Dia yang disoal peguam syarie, Norhusniah Husin yang mewakilinya berkata, perbelanjaan itu meliputi yuran tahunan, yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), yuran tambahan, pengangkutan dan juga perbelanjaan tambahan untuk pendidikan khas Mikhail yang merupakan seorang pelajar autisme.

“Saya juga menanggung perbelanjaan persekolahan rendah dan menengah anak perempuan, Timur yang kini bersekolah di sekolah menengah swasta di ibu negara dengan jumlah sebanyak RM56,729.90,” katanya.

Merujuk kepada pendidikan Mikhail, Natasha berkata, anaknya itu dihantar ke sebuah sekolah bantuan kerajaan yang menyediakan pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa sebelum ditukarkan ke sekolah swasta khusus dalam pendidikan khas di Wangsa Maju di sini.

Zainal Abidin atau nama sebenarnya Zainal Abidin Mohamed, 51, yang dinamakan sebagai defendan hadir bersama peguam syarie, Abdul Halim Bahari.

Perbicaraan bersambung pada 15 November ini.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment