Pages

Thursday, September 22, 2011

Warga Vatican diseru tampil



ROME 21 Sept. - Sebuah badan bantuan mangsa serangan seksual yang dilakukan golongan paderi Katholik hari ini meminta orang dalam Vatican untuk tampil ke depan jika mereka tahu paderi-paderi yang tidak berakhlak bagi membantu perbicaraan terhadap paderi yang dituduh melakukan jenayah kemanusiaan.
Wakil dari Pusat Hak Perlembagaan (CCR), Vincent Warren berkata, mereka menyeru sesiapa sahaja di Vatican terutamanya yang bekerja di dalam gereja atau pernah bekerja di sana untuk tampil membantu kes-kes jenayah oleh paderi itu.
"Jika pengawal keselamatan atau setiausaha mempunyai maklumat, mereka perlu memaklumkannya kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)," kata Warren menambah segala dokumen pertuduhan telah dihantar ke ICC minggu lalu.
Minggu lalu, Kumpulan Orang Yang Terselamat Daripada Penderaan Paderi-Paderi (SNAP) telah memohon ICC untuk mendakwa Pope Benedict XVI yang berusia 84 tahun dan tiga orang pegawai lagi bertanggungjawab atas jenayah merogol dan kekejaman seksual lain yang dilakukan di seluruh dunia.
Pakar meragui aduan terhadap pegawai-pegawai berpangkat tinggi Vatican atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan akan berjaya kerana Vatican masih belum mengesahkan undang-undang Rome, dengan itu mereka masih belum mengiktiraf ICC.
Namun, peguam-peguam SNAP yang menghantar usul tersebut, yakin kes mereka akan diberi peluang untuk dibicarakan.
Peguam CCR, Pam Spees berkata, Pope dan pegawai-pegawai lain mempunyai tanggungjawab untuk membantu kes gangguan seksual yang dilakukan oleh paderi-paderi itu. - AFP

No comments:

Post a Comment