Pages

Monday, September 19, 2011

Usah tertipu dengan Barat

TEHERAN: Pemimpin tertinggi Iran memberi amaran, negara Arab yang dilanda gelombang demokrasi perlu berhati -hati dengan pengaruh Amerika Syarikat dan Nato dengan sistem politik pascarevolusi yang mereka cipta.
Dalam ucapannya di Persidangan Islam antarabangsa yang diadakan di Teheran semalam, Ayatollah Ali Khamenei berkata, “Nato dan rejim jenayah seperti Britain, Perancis dan Itali yang sejak dulu menjarah negara Arab.
“Sentiasa curiga dan jangan percaya kepada senyum mereka kerana disebalik senyuman itu ada konspirasi dan pengkhianatan,” katanya.

Teheran mahu menjadikan gelombang kebangkitan rakyat yang berlaku di negara Arab itu seperti Revolusi Islam yang berlaku di negara itu tahun 1979 yang berjaya menggulingkan pemerintahan Shah yang pro-AS.


Iran memandang kejatuhan kerajaan pro-AS di Mesir dan Tunisia sebagai satu tamparan hebat terhadap pengaruh AS di rantau itu dan “kebangkitan Islam” baru.

Kata Khamenei, AS dan Nato cuba mendominasi kerajaan baru Mesir, Tunisia, Libya dan negara lain di rantau itu.
Dia menggesa kerajaan di negara Arab untuk tidak membiarkan keadaan itu berlaku dan mengekalkan tradisi Islam.

“Jangan biarkan musuh anda menetapkan dasar kerajaan baru. Jangan biarkan prinsip Islam dikorbankan,” katanya.

Satu lagi negara Arab yang kuat di rantau itu, Turki, juga turut cuba mempengaruhi model pemerintahannya yang mengimbangi antara Islam dan sekular.

Parti yang memerintah Turki sekarang adalah parti berasaskan Islam yang memerintah secara sekular demokrasi.

Khamenei juga mengingatkan negara Arab supaya menolak liberalisme Barat dan membentuk kerajaan masing-masing berteraskan Islam. - AP

No comments:

Post a Comment