Pages

Tuesday, September 6, 2011

Tiga anggota polis dibebas

KUALA LUMPUR - Tiga anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal yang ditahan berhubung kes gaduh dan melepaskan tembakan sehingga mencederakan seorang remaja di Setapak pada 31 Ogos lalu dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin.
Jurucakap polis berkata, selain tiga anggota polis tersebut, tiga lagi lelaki berusia 23 hingga 27 tahun yang ditahan berhubung kejadian sama turut dibebaskan.
"Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan berhubung kes tersebut lengkap sebelum dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Akhbar pada Jumaat lalu melaporkan seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta berusia 23 tahun cedera terkena dua tembakan di punggung dan kaki.
Kejadian pada pukul 6 pagi di Taman Sri Rampai itu didakwa berlaku selepas mangsa dan tiga rakannya diserang oleh suspek yang tidak berpuas hati selepas cermin sisi kereta suspek dan kereta mangsa berlanggar di hadapan sebuah pusat hiburan di sini.
Kejadian itu kemudian mencetuskan pertengkaran sebelum tembakan dilepaskan.
Difahamkan, mereka berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

No comments:

Post a Comment