Pages

Sunday, September 4, 2011

Taufan Talas landa barat Jepun



TOKYO 3 Sept. - Taufan Talas yang membawa hujan lebat dan angin kencang melanda barat Jepun hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh, manakala tiga lagi hilang.
Taufan yang membawa angin selaju 108 kilometer sejam itu turut menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh di pulau Shikoku, kawasan pantai Pasifik pada pukul 10 pagi (9 pagi waktu Malaysia), menurut agensi Meteorologi. Jepun.
"Taufan itu kini dilaporkan bergerak perlahan ke arah utara dan dijangka melalui seluruh wilayah barat Jepun menuju ke Laut Timur awal esok," tambah agensi itu.
Jurucakap polis tempatan berkata, mayat seorang wanita berumur lingkungan 30 tahun ditemui di sungai Tokushim di bandar utama Shikoku.
Sementara itu, Agensi Polis Kebangsaan memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 17 orang cedera dengan enam daripada mereka serius.
Lebih 300 rumah dinaiki air dan beberapa kejadian tanah runtuh turut dilaporkan, lapor agensi itu.
Agensi Meteorologi turut mengeluarkan amaran banjir dan tanah runtuh di barat Jepun ekoran hujan lebat. - AFP

No comments:

Post a Comment