Pages

Tuesday, September 6, 2011

Samoa, Tonga dilanda gempa kuat 6.4 skala Richter


SYDNEY 6 Sept. - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan Samoa dan Tonga semalam tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa bumi di bawah laut berlaku pada kedalaman 35 kilometer, 256 kilometer dari ibu negeri Samoa, Apia pada pukul 10.52 malam (5.52 petang waktu Malaysia).
Sebelum itu, gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku di pantai Vanuatu awal pagi semalam. - AFP, utusan

No comments:

Post a Comment