Pages

Tuesday, September 6, 2011

Pasangan rayu anak gadis pulang


CHE Mohammed Ibrahim bersama Hasmah Mamat menunjukkan gambar Nurul Izzati di Kampung Siti Manis, Kedai Buluh, Kota Bharu, Kelantan, semalam.



KOTA BHARU 5 Sept. - Kedatangan Syawal tahun ini tidak bermakna buat sepasang suami isteri di Kampung Siti Manis, Kedai Buluh di sini, selepas anak perempuan mereka, Nurul Izzati Che Mohammed, 19, menghilangkan diri sejak 24 hari lalu.
Hasmah Mamat, 45, berkata, anak kedua daripada lima beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka pada awal pagi 12 Ogos lalu secara sembunyi dan mereka hanya menyedari kehilangan Nurul Izzati pada pukul 4.30 pagi ketika bangun untuk bersahur.
"Pada pukul 3.30 pagi, seorang adik Nurul Izzati yang sedang membaca buku di ruang tamu rumah ada melihatnya mundar-mandir dalam keadaan mencurigakan.
"Adiknya itu memberitahu saya tentang hal itu dan saya terus melihat Nurul Izzati dan dia masih berada di dalam bilik.
"Kerana terlalu letih, saya kemudian tertidur di ruang tamu rumah dan apabila bangun pada pukul 4.30 pagi untuk menyediakan juadah sahur, saya dapati dia sudah tiada di biliknya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Hasmah memberitahu, Nurul Izzati keluar sehelai sepinggang kerana semua pakaiannya masih ada di dalam rumah melainkan sepasang baju kurung hijau yang dipercayai dibawa bersama.
Hasmah dan Che Mohamed merayu agar Nurul Izzati pulang ke pangkuan keluarga dan mereka yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi mereka di talian 019-9472001 atau balai polis berhampiran.utusan

No comments:

Post a Comment