Pages

Friday, September 9, 2011

Minyak seludup jadi 'penumpang'


CHENG SAN (dua dari kanan) menunjukkan sebuah teksi yang diubah suai dipercayai bagi tujuan menyeludup petrol bersubsidi di Tumpat semalam.

PENGKALAN KUBOR - Segelintir teksi dan kereta sewa di sekitar kawasan ini dikesan tidak lagi menjalankan tugas hakiki mengambil penumpang sebaliknya giat dengan aktiviti menyeludup petrol bersubsidi ke negara jiran.
Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin (PGM), Deputi Supritendan Tan Cheng San berkata, hasil maklumat awam mengenai sikap tidak bertanggungjawab itu, pihaknya melakukan pemantauan di sekitar pangkalan haram Nasir, Simpangan dekat sini kira-kira pukul 11.30 malam kelmarin.
Menurutnya, selepas intipan itu, pihaknya menyerbu sebuah teksi di pangkalan haram tersebut yang dipercayai baru menghantar minyak petrol bersubsidi kepada sebuah bot yang siap menunggu di situ.
"Hasil serbuan kita menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang memandu teksi tersebut namun, kita percaya suspek bukan pemilik teksi berkenaan sebaliknya hanya mengambil upah menghantar minyak tersebut.
"Pemeriksaan yang dilakukan mendapati but teksi tersebut telah diubah menjadi tangki tambahan yang mampu memuatkan 250 liter petrol," katanya ketika ditemui di sini semalam.-kosmo

No comments:

Post a Comment