Pages

Monday, September 19, 2011

Isteri putera Arab Saudi nafi suami rogol model

RIYAHD 18 Sept. - Isteri seorang Putera Arab Saudi semalam menafikan tuduhan bahawa suaminya, Alwaleed bin Talal merogol seorang model berusia 20 tahun di atas sebuah kapal persiaran di Sepanyol pada 2008.
Amira al-Taweel berkata, dia bersama suaminya iaitu anak saudara Raja Abdullah, berada di Perancis ketika suaminya dituduh melakukan perbuatan tersebut di Sepanyol.
"Memang jelas kami tiada di sana kerana kami berada di Cannes. Saya ada bersamanya dan beratus-ratus saksi boleh mengesahkan bahawa kami di Perancis dan ada berpuluh-puluh bukti menunjukkan kami tidak berada di Ibiza pada 2008," jelasnya seperti yang dipetik oleh ketua staf putera tersebut, Kholud al-Dussari.
Sebuah mahkamah Sepanyol membuka semula siasatan ke atas tuduhan itu Rabu lalu dan meminta kerjasama Arab Saudi untuk mendapatkan keterangan putera tersebut. - AFP

1 comment:

  1. jom singgah ke blog sy,
    ada pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi,..
    tajuk2 hangat di blog saya hari ini
    '' safee sali terus cemerlang pikat jurulatih cardiff city,,
    ''kapal kargo korea utara ditahan gara2 pasang jalur gemilang terbalik''
    '' syarikat dari malaysia, mamee monster dan mister potato taja manchester united,,
    dan pelbagai lagi info2 terkini yg menanti anda,
    jgn segan silu terjah ke blog sy, macamnilahkita.com

    ReplyDelete