Pages

Sunday, September 4, 2011

Gadis kristal kini berdarah manis

SITI SUHANA menunjukkan koleksi kristal yang keluar dari tubuhnya
 dan masih disimpan di rumahnya Durian Tunggal, Melaka baru-baru ini.

ALOR GAJAH – Siti Suhana Saadon, 27, yang menggemparkan negara empat tahun lalu apabila beberapa objek keras seperti kristal keluar dari celah ibu jari kaki kirinya kini berdarah manis.
Gadis berkenaan tidak lagi terlalu memikirkan kejadian aneh yang menimpanya itu, sebaliknya dia sekarang sibuk menghitung hari menunggu ketibaan tarikh 11 November ini bagi melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya yang hanya mahu dikenali sebagai Jefri, 29.
Dia berkenalan dengan lelaki itu sejak April tahun lalu semasa menghadiri majlis kenduri di rumah ibu saudara Jefri. Pasangan itu bertunang pada 8 Ogos tahun lalu.
“Jefri tahu pasal kejadian aneh yang menimpa saya, namun dia tidak kisah. Kami tidak pernah berbual mengenainya,” kata Siti Suhana ketika ditemui di rumahnya di Durian Tunggal di sini baru-baru ini.
Mengenai kehidupannya selepas empat tahun kisahnya tersebar, Siti Suhana berkata, dia sekarang dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang berbanding dahulu.

No comments:

Post a Comment