Pages

Friday, September 9, 2011

Gaddafi dianggap wira menentang penjajah

BAGHDAD: Pemilik stesen televisyan Arrai yang terkenal kerana menjadi satu-satunya media yang dapat berhubung dengan Muammar Gaddafi semalam menyifatkan bekas pemimpin Libya itu sebagai penentang penjajah.
Bekas ahli Parlimen Iraq yang kini menetap di Damsyik, Mishan al-Juburi adalah satu-satunya eksekutif media yang dapat menghubungi Gaddafi sejak beliau bersembunyi selepas tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) menguasai Tripoli.

“Apabila saya perlu bercakap dengannya, saya menghantar mesej kepadanya atau beliau akan menghubungi saya ketika mahu memberitahu sesuatu,” katanya melalui telefon. TV Arrai mempunyai slot eksklusif untuk Gaddafi, semalam yang digunakannya untuk menyiarkan ucapan bekas pemimpin Libya itu. “Matlamat utama saluran TV yang dilancarkan pada 2006 ini adalah menentang semua bentuk penjajahan sama ada di Iraq, Palestin dan kini di Libya.

“Kami menyokong revolusi di Tunisia dan Mesir kerana ia perjuangan menentang pemerintah diktator.

“Ini dibantah Gaddafi yang menghantar mesej kepada saya enam bulan lalu mengatakan jika saya terus menyerang Mubarak (bekas Presiden Mesir), beliau akan meletupkan stesen televisyen ini, tetapi saya tidak hiraukan ancamannya,” katanya. “Namun, sekarang kita mesti mengiktiraf Gaddafi sebagai wakil penentangan rakyat Libya terhadap tindakan Nato dan itu sebabnya saya menyokong beliau,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment