Pages

Monday, September 5, 2011

Demonstrasi besar di Tel Aviv


Beribu-ribu penduduk Israel mengadakan demonstrasi di tengah Tel Aviv, kelmarin membantah kenaikan harga rumah dan kenaikan kos kehidupan di negara Israel. - AFP



TEL AVIV 4 Sept. - Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berhimpun di bandar raya ini, hari ini bagi menuntut perubahan sosial dan mendesak Perdana Menteri Benjamin Netanyahu melaksanakan pembaharuan ekonomi.
Perhimpunan seumpamanya yang terbesar dalam sejarah Israel itu disifatkan oleh ketua protes sebagai 'saat kebenaran' bagi pergerakan akar umbi yang telah memuncak sejak Julai lalu melibatkan kelompok pelajar setinggan hingga ke kelas pertengahan ekoran kos hidup yang tinggi.
"Seluruh generasi mahukan masa depan," menurut perkataan yang tertera pada satu sepanduk ketika penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan di Tel Aviv, Baitulmaqdis dan seluruh bandar Israel, sambil memekik 'penduduk menuntut keadilan sosial'.
Netanyahu mengingatkan penunjuk perasaan, beliau tidak mampu menunaikan semua tuntutan mereka yang merangkumi pemotongan cukai, memperluaskan pendidikan percuma dan memperbanyakkan peruntukan rumah kerajaan.
Menurut penganjur, lebih 450,000 orang menyertai demonstrasi itu, tetapi polis meletakkan angka itu pada kurang 300,000.
Protes dalam skala besar seperti itu di Israel yang hanya mempunyai 7.7 juta orang biasanya hanya melibatkan isu perang dan keamanan.
"Malam ini saat kemuncak sejarah demonstrasi," kata seorang aktivis daripada Parti Hijau, Amir Rochman, 30 tahun.
Ketua Kesatuan Pelajar Kebangsaan yang merupakan antara pemimpin protes, Itzik Shmuli menyatakan Israel tidak lagi akan sama selepas ini.
"Israel baru yang kami mahukan akan berbeza sepenuhnya terutamanya dalam kerajaan," kata Shmuli.
Walaupun jumlah mereka yang menyertai protes itu kurang daripada angka satu juta orang yang diharapkan, komentar-komentar memberitahu mereka telah membuatkan Israel menjadikan ekonomi sebagai agenda politik, yang sebelum ini didominasi oleh isu keselamatan dan diplomasi. - REUTERS

No comments:

Post a Comment