Pages

Saturday, August 27, 2011

Wanita ditahan kerana memandu dibebas polis

JEDDAH: Wanita yang ditahan kerana memandu kereta di Jalan Putera Muhammad Abdul Aziz pada Selasa lalu, dibebaskan pihak berkuasa, lapor media semalam.
Dikenali sebagai aktivis sosial, Najla Hariri berkata, dia sedang membawa anaknya, Dalia, pulang ke daerah al-Hamra dari kerja apabila ditahan polis.

Katanya, dia dan Dalia dibawa ke Balai Polis Sharafiyah untuk disoal siasat dan menunggu suaminya datang bagi menandatangani borang pembebasan.

Media melaporkan, polis tidak meminta Najla menandatangani sebarang ikrar untuk tidak memandu lagi pada masa depan.

“Saya hanya menandatangani dokumen berkaitan laporan kes memandu di Jalan Putera Muhammad Abdul Aziz,” katanya.

Menurut Najla, dia dibebaskan tanpa sebarang ikat jamin walaupun jurucakap polis menyatakan sebaliknya.


Polis juga mengesahkan kes itu diserah kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

Najla, 40-an, memandu kali pertama di Jeddah pada Mei lalu. Katanya, jika keadaan memerlukan, dia tidak keberatan untuk memandu sekali lagi. - AN, hmetro

No comments:

Post a Comment