Pages

Monday, August 1, 2011

Trauma selepas diculik, samun



NOR menunjukkan kesan lebam pada tangannya akibat dikasari empat penjenayah di Kampung Guntung Lua, Setiu Jumaat lalu.


SETIU – “Saya kini trauma dan menjadi takut apabila melihat kelibat lelaki lain kerana ia mengingatkan kejadian saya dilarikan sebelum disamun.”
Perasaan tersebut menghantui seorang guru wanita yang ingin dikenali sebagai Nor, 35, yang diculik sebelum disamun RM20,000 oleh sekumpulan empat lelaki menaiki sebuah kereta Perodua Myvi di hadapan rumahnya di Kampung Guntung Luar dekat sini Jumaat lalu.
Menurut Nor, sejak kejadian itu, kehidupannya begitu terganggu dan tidak tenang terutamanya apabila berdepan dengan sekumpulan lelaki.
Katanya, pengalaman hitam dalam hidupnya itu pasti akan diingatinya sampai bila-bila dan perlu mengambil masa untuk menjadi normal.
Mengimbau semula kejadian itu, Nor memberitahu, sebelum kejadian dia berada di laman rumah bersama seorang anak perempuannya berusia dua tahun sebelum didatangi seorang lelaki bertanyakan mengenai ‘Abang Din’ kira-kira pukul 6.30 petang.
“Lelaki itu kemudian beredar selepas saya mengatakan tidak tahu sebelum dia sekali lagi datang berlegar-legar di kawasan perumahan dengan menaiki kereta Myvi dengan tiga rakannya.
“Dia kemudian berhenti di depan rumah saya. Saya cuba masuk ke dalam rumah kerana takut tetapi dua lelaki yang keluar dari kereta terus memegang tangan dan menarik saya masuk ke dalam kereta,” ceritanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Semalam Kosmo! melaporkan, Nor kerugian RM20,000 selepas tiga utas gelang, seutas rantai dan sebuah telefon bimbit miliknya dilarikan empat suspek dalam kejadian culik di depan rumahnya.

No comments:

Post a Comment