Pages

Thursday, August 4, 2011

Tentera Syria masih tembak penunjuk perasaan

AMMAN 3 Ogos - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam berdepan masalah dalam rundingan menyelesaikan krisis Syria, ketika tentera terus melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan prodemokrasi selepas solat sunat tarawih di seluruh Syria malam tadi.
Semua 15 negara yang terlibat dalam rundingan masih bercanggah pendapat berhubung draf resolusi yang mengutuk kekejaman Presiden Bashar al-Assad terhadap penunjuk perasaan, sama ada ia perlu mengeluarkan satu resolusi rasmi atau satu kenyataan kurang penting.
Negara-negara Eropah yang bersetuju mengubah draf resolusi mereka ke atas Syria menyifatkan proses itu mencatat perkembangan positif.
Bagaimanapun Rusia berkata, versi baru draf resolusi itu masih belum seimbang.
Hari kedua rundingan yang panjang semalam berakhir dengan setiap negara menghantar teks draf ke negara masing-masing bagi rundingan baru hari ini.
Itali muncul negara Eropah pertama memanggil pulang dutanya ke Syria semalam sebagai tindakan membantah tindakan kekejaman Assad.
Di Syria, tentera negara memperkukuh kepungan mereka di bandar Hama, mengakibatkan penduduk lari menyelamatkan diri selain terus mendapat kecaman antarabangsa berhubung kekejaman yang dilakukan pentadbiran Presiden terhadap penunjuk perasaan.
Saksi berkata, berpuluh-puluh orang awam cedera dalam kejadian di pinggir bandar Muadhamiya, di timur laut negara serta bandar pelabuhan Latakia dalam satu serangan terbaru tentera malam tadi.
"Saya nampak 10 bas dipenuhi anggota tentera memasuki Muadhamiya. Saya juga melihat 10 remaja rebah semasa saya menyelamatkan diri dari ditembak.
"Beratus-ratus ibu bapa berada di jalan-jalan bagi mencari anak mereka," kata seorang saksi yang tinggal di pinggir bandar itu, kira-kira 30 kilometer dari Golan Heights. - AFP/Reutersutusan

No comments:

Post a Comment